-
St.Augustine of Hippo
𝐒𝐓. 𝐀𝐔𝐆𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍𝐄 𝐎𝐅 𝐇𝐈𝐏𝐏𝐎
𝐅𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐃𝐀𝐘 𝐎𝐍 𝟐𝟖𝐓𝐇 𝐀𝐔𝐆
𝐁𝐨𝐫𝐧 : 𝟏𝟑 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟑𝟓𝟒
Thagaste, Numidia Cirtensis, Roman
Empire (modern-day Souk Ahras, Algeria)
𝐃𝐢𝐞𝐝 : 𝟐𝟖 𝐀𝐮𝐠𝐮𝐬𝐭 𝟒𝟑𝟎 (𝐚𝐠𝐞𝐝 𝟕𝟓)
Hippo Regius, Numidia Cirtensis, Western Roman Empire (modern-day Annaba, Algeria)
𝐂𝐚𝐧𝐨𝐧𝐢𝐳𝐞𝐝 : 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐭 𝐀𝐮𝐠𝐮𝐬𝐭𝐢𝐧𝐞 𝐰𝐚𝐬 𝐜𝐚𝐧𝐨𝐧𝐢𝐳𝐞𝐝 𝐛𝐲 𝐩𝐨𝐩𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐚𝐜𝐜𝐥𝐚𝐢𝐦
Officially declared as Doctor of the Church in 1298 by Pope Boniface VIII.
𝗕𝗮𝗰𝗸𝗴𝗿𝗼𝘂𝗻𝗱
St. Augustine of Hippo, also known as its original Latin name Aurelius Augustinus, was born in Thagaste, a Roman settlement situated in a valley alongside a river, approximately 40 miles from the African coastline. This community is located near the border where the influence of Roman culture diminishes as the terrain rises into the highlands of Numidia.
His mother, St. Monica, was a devout Christian, while his father, Patricius, was a pagan converted to Christianity on his deathbed. Augustine had a brother named Navigius and a sister known as Perpetua.
𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
Although he had a brother and a sister, he was the only child sent off to be educated.
At 17, he went to Carthage to study Rhetoric (Art of persuasion). He became familiar with Latin literature, as well as pagan beliefs and practices.
After he finished his studies, he pursued a career in teaching and lecturing in Thagaste, Carthage, Rome and Milan.
St Augustine was an intelligent man who has great literary and intellectual ability, he is one of the most important Christian thinkers after St.Paul, and the greatest Christian philosopher of antiquity. His theological system left a lasting influence and his books were still read by all Christian denominations today seeking for the truth.
𝗖𝗼𝗻𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 𝘁𝗼 𝗖𝗵𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻
He began his journey as a young man drawn to Manichaeanism (a cult that combined the belief systems of Christian, Buddhism, Zoroism, Babylonian, Greek, Gnosticism, Cosmology, etc) and a hedonistic lifestyle (focus on pleasures, enjoyment and indulgences without ethical considerations.)
At the age of 17, he was associated with peers who were exploiting sexual experiences. Also had a 15 years relationship with a young woman who had borne him a son, named Adeodatus. He ended all his relationships with women including his teenage fiance after he made the decision to become a priest.
Before his conversion, he had established a strong kinship with Bishop of Milan, St.Ambrose. He initially saw him as a great master in Rhetoric techniques but much influenced by him later in his view of Christianity.
His mother's Christian faith gradually led him toward Christianity. In 386, he experienced a profound conversion, famously hearing a voice telling him to "take up and read," leading him to embrace Christianity as one and only true religion. He and together with his son were baptized by St.Ambrose in 387.
𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗣𝗿𝗶𝗲𝘀𝘁 𝘁𝗼 𝗕𝗶𝘀𝗵𝗼𝗽
Following the tragic events of the deaths of his mother, St.Monica and his son, Adeodatus, having no obligation to pass down the family properties, he disposed all of them and gave it the poor, leaving only the family house that he turned into a monastic dwelling with his friends, living in poverty and solitude studying the scriptures.
At this point of his life, he had written more than 10 philosophical books exploring Christian theology including his many apologetic books. Despite his reputation as a great philosopher and preacher, he never intended to enter priesthood.
His rise to priesthood was due to the widespread support and pursuit of the local clergy and the people who he gained recognition from for his spiritual and intellectual gifts by the Church. He was ordained priest in 391 at the age of 37, by Bishop of Hippo, Valerius.
During St. Augustine's priesthood, he made several significant contributions that continue to shape Christian thought and theology to this day: preaching, theological writing, pastoral care, combating heresies, development of Christian thoughts and conversion.
In the 6th year of his fruitful priesthood, he succeeded Valerius as the Bishop of Hippo after Valerius passed away. He remained in that position until his death in 430.
𝗗𝗲𝗮𝘁𝗵 𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘁𝗵𝗼𝗼𝗱
On August 28, 430, at the age of 75, St. Augustine passed away. His death occurred during the siege of Hippo by the Vandals.
Augustine's lifetime witnessed the decline of the Western Roman Empire, a process that culminated in the eventual fall of Rome in 476 AD.
The fragmentation of the empire and the emergence of various Germanic kingdoms marked the end of the ancient Roman world and the beginning of the medieval period in Europe. Augustine's writings provide valuable insights into the challenges faced by individuals and society during this turbulent time.
St Augustine was never canonized officially partly because he lived during the early church era which is generally considered to be around the 1st century AD, up to approximately the 5th century AD.
During this time, Christianity still underwent significant growth, development, and expansion, while also facing challenges and shaping its theological and organizational foundations, And also because he was a well known pious figure in antiquity with significant contribution. His work has produced good fruits in the church.
He was canonized by popular acclaim and later officially recognized as the 𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑪𝒉𝒖𝒓𝒄𝒉 in 1298 by Pope Boniface VIII. His feast day is celebrated on August 28th, the day of his death.
*𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑪𝒉𝒖𝒓𝒄𝒉 --𝑆𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑡𝑖𝑡𝑙𝑒 𝑔𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑏𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝐶𝑎𝑡ℎ𝑜𝑙𝑖𝑐 𝐶ℎ𝑢𝑟𝑐ℎ 𝑡𝑜 𝑝𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒 𝑤ℎ𝑜 𝑤𝑒𝑟𝑒 𝑟𝑒𝑎𝑙𝑙𝑦 𝑔𝑜𝑜𝑑 𝑎𝑡 𝑒𝑥𝑝𝑙𝑎𝑖𝑛𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑛𝑑 𝑡𝑒𝑎𝑐ℎ𝑖𝑛𝑔 𝑖𝑚𝑝𝑜𝑟𝑡𝑎𝑛𝑡 𝐶ℎ𝑟𝑖𝑠𝑡𝑖𝑎𝑛 𝑖𝑑𝑒𝑎𝑠. 𝑇ℎ𝑒𝑦 ℎ𝑒𝑙𝑝𝑒𝑑 𝑚𝑎𝑘𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑓𝑎𝑖𝑡ℎ 𝑐𝑙𝑒𝑎𝑟𝑒𝑟 𝑓𝑜𝑟 𝑒𝑣𝑒𝑟𝑦𝑜𝑛𝑒, 𝑎𝑛𝑑 𝑡ℎ𝑒𝑖𝑟 𝑤𝑟𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑠𝑡𝑖𝑙𝑙 ℎ𝑒𝑙𝑝𝑓𝑢𝑙 𝑓𝑜𝑟 𝑏𝑒𝑙𝑖𝑒𝑣𝑒𝑟𝑠 𝑡𝑜𝑑𝑎𝑦.
𝗠𝗶𝗿𝗮𝗰𝗹𝗲𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗣𝗮𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝗴𝗲
St. Augustine is associated with a few miracles in the Christian tradition.
One well-known miracle is the healing of an ill man during the siege of Hippo by the Vandals.
Augustine is also said to have experienced a vision in which he heard a child's voice saying "take up and read," leading to his conversion to Christianity.
Additionally, his own spiritual and personal transformation could be seen as a kind of miracle, as he turned from a hedonistic lifestyle to becoming a prominent theologian and bishop.
These miracles and events contribute to the reverence and legacy of St. Augustine in the Christian faith.
He is the patron saint of brewers because of his past association with worldly pleasures and his eventual conversion to Christianity.
He is the patron of theologians due to his significant contributions to Christian theology and his writings on various theological topics.
He is also patron of printers, because his extensive written works have had a profound influence on literature and knowledge dissemination.
Additionally, he is connected to certain cities and dioceses either because of his historical presence there or the impact he had on the local Christian communities.
𝗟𝗮𝘁𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴
St. Augustine of Hippo, juga dikenali sebagai nama Latin asalnya Aurelius Augustinus, dilahirkan di Thagaste, sebuah penempatan Rom yang terletak di lembah dekat dengan sungai, kira-kira 40 batu dari pantai Afrika. Komuniti ini terletak berhampiran sempadan di mana pengaruh budaya Rom semakin berkurangan apabila rupa bumi menaik ke tanah tinggi Numidia.
Ibunya, St. Monica, adalah seorang Kristian yang taat, manakala bapanya, Patricius, adalah seorang pagan yang memeluk agama Kristian di saat kematiannya. Augustine mempunyai seorang abang bernama Navigius dan seorang kakak yang dikenali sebagai Perpetua.
𝗞𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻
Walaupun dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak, dia adalah satu-satunya anak yang dihantar untuk bersekolah tinggi.
Pada usia 17 tahun, dia pergi ke Carthage untuk belajar Retorik (Seni persuasi). Dia mula mengenali kesusasteraan Latin, serta kepercayaan dan amalan pagan.
Selepas dia menamatkan pengajiannya, dia meneruskan kerjaya dalam bidang pengajaran dan syarahan di Thagaste, Carthage, Rom dan Milan.
St Augustine adalah seorang yang bijak yang mempunyai kebolehan sastera dan intelektual yang hebat, beliau adalah salah seorang pemikir Kristian yang paling penting selepas St.Paul, dan juga seorang ahli falsafah Kristian terhebat pada zaman dahulu. Sistem teologinya meninggalkan pengaruh yang berkekalan dan buku-bukunya masih dibaca oleh semua denominasi Kristian hari ini untuk mencari kebenaran.
𝗣𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻
Dia memulakan perjalanannya sebagai seorang lelaki muda yang tertarik kepada Manichaeanisme (sebuah pemujaan yang menggabungkan sistem kepercayaan Kristian, Buddhisme, Zoroisme, Babylon, Yunani, Gnostisisme, Kosmologi, dll) dan gaya hidup hedonistik (kehidupan yang fokus pada keseronokan dan kepuasan tanpa etika. pertimbangan.)
Pada usia 17 tahun, dia menyertai rakan rakan sebayanya yang mengeksploitasi pengalaman seksual. Dia juga mempunyai hubungan tersembunyi selama 15 tahun dengan seorang wanita muda yang berasal daripada keluarga kelas bawahan yang telah melahirkan seorang anak lelaki untuknya bernama Adeodatus.
Dia mengakhiri semua hubungannya dengan wanita termasuklah tunang remajanya selepas dia membuat keputusan untuk menjadi paderi.
Sebelum penukaran agamanya, dia telah menjalinkan persaudaraan yang kuat dengan Uskup Milan, St.Ambrose.
Dia pada mulanya melihat dia sebagai seorang pakar yang hebat dalam teknik Retorik, lalu secara beransur dipengaruhi olehnya, di dalam pandangannya tentang agama Kristian.
Kepercayaan Kristian ibunya secara beransur-ansur membawanya ke arah agama Kristian.
Pada tahun 386, dia mengalami kesedaran yang mendalam, dia mendengar suara yang menyuruhnya "ambil dan baca," membawanya untuk memeluk agama Kristian sebagai satu-satunya agama yang benar. Dia bersama anaknya telah dibaptiskan oleh St.Ambrose pada tahun 387.
𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝗱𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲 𝗨𝘀𝗸𝘂𝗽
Berikutan peristiwa tragis kematian ibunya, St.Monica dan anaknya, Adeodatus, dia sedar dia tidak mempunyai kewajipan untuk mewariskan harta keluarganya, lalu dia melupuskan kesemuanya dan memberikannya kepada orang miskin, hanya disimpan ialah rumah keluarganya yang dijadikannya tempat tinggal biarawan dengan kawan-kawannya, mereka hidup dalam kemiskinan dan terasing, untuk mempelajari kitab suci.
Pada ketika ini, dia telah menulis lebih daripada 10 buah buku falsafah menerokai teologi Kristian termasuklah buku buku apologetiknya. Walaupun mempunyai reputasi sebagai ahli falsafah dan pendakwah yang hebat, dia tidak pernah berniat untuk memasuki kepaderian.
Kepaderian beliau direalisasikan oleh sokongan dan usaha yang meluas daripada paderi paderi dan umat umat tempatan yang mengiktiraf karunia rohani dan inteleknya.. Dia ditahbiskan menjadi paderi pada tahun 391 pada usia 37 tahun, oleh Uskup Hippo, Valerius.
Semasa kepaderian St. Augustine, beliau membuat beberapa sumbangan penting yang membentuk pemikiran dan teologi Kristian hingga ke hari ini: berdakwah, menulis teologi, penjagaan pastoral, memerangi ajaran sesat dan perkembangan pemikiran Kristian.
Pada tahun ke-6 kepaderiannya yang membuahkan hasil, dia menggantikan Valerius sebagai Uskup Hippo selepas Valerius meninggal dunia. Dia kekal dalam kedudukan itu sehingga kematiannya pada tahun 430.
𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻
Pada 28 Ogos 430, pada usia 75 tahun, St Augustine meninggal dunia. Kematiannya berlaku semasa pengepungan Hippo oleh kumpulan Vandals.
Seumur hidup Augustine menyaksikan kemerosotan Empayar Rom Barat, satu proses yang berakhir dengan kejatuhan Rom pada 476 AD.
Pemecahan empayar dan kemunculan pelbagai puak Jerman menandakan berakhirnya dunia Rom kuno dan bermulanya zaman pertengahan di Eropah. Penulisan Augustine memberikan pandangan yang bernilai tentang cabaran yang dihadapi oleh individu dan masyarakat pada masa yang bergelora ini.
St Augustine tidak pernah dikanonkan secara rasmi, sebahagiannya kerana dia hidup semasa era gereja awal yang umumnya dianggap sekitar abad ke-1 Masihi, sehingga kira-kira abad ke-5 Masihi.
Pada masa ini, agama Kristian masih mengalami pertumbuhan dan perkembangan, masih menghadapi cabaran dan pembentukan asas teologi dan organisasinya,
Dan juga kerana dia seorang tokoh alim yang terkenal pada zaman dahulu dengan sumbangan yang besar. Kerjanya telah menghasilkan buah yang baik kepada gereja.
Beliau telah dikanonkan secara pandangan umum yang popular dan kemudiannya diiktiraf secara rasmi sebagai 𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑪𝒉𝒖𝒓𝒄𝒉 oleh Paus Boniface VIII pada tahun 1298. Hari perayaannya disambut pada 28 Ogos, hari kematiannya.
𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑪𝒉𝒖𝒓𝒄𝒉 -- gelaran istimewa yang diberikan oleh Gereja Katolik kepada orang yang mahir menerangkan dan mengajarkan teologi gereja. Mereka membantu menjadikan iman lebih jelas dan senang difahami untuk semua orang. Dan tulisan mereka masih berguna untuk orang beriman hari ini.
𝗞𝗲𝗮𝗷𝗮𝗶𝗯𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻
St Augustine dikaitkan dengan beberapa keajaiban dalam tradisi Kristian. Satu keajaiban yang terkenal ialah penyembuhan seorang lelaki yang sakit semasa pengepungan Hippo oleh Vandals.
Augustine juga dikatakan mengalami kesaksian peribadi di mana dia mendengar suara kanak-kanak berkata "ambil dan baca," yang membawa kepada penukaran agamanya kepada Kristian.
Selain itu, transformasi rohani dan peribadinya sendiri boleh dilihat sebagai satu keajaiban, apabila dia beralih daripada gaya hidup hedonistik kepada menjadi ahli teologi dan uskup terkemuka. Keajaiban dan peristiwa ini menyumbang kepada penghormatan dan warisan St. Augustine dalam iman Kristian.
Dia adalah santo penaung pembuat bir kerana pergaulan masa lalunya dengan kesenangan duniawi dan akhirnya penukarannya kepada agama Kristian.
Beliau adalah penaung ahli teologi kerana sumbangannya yang besar kepada teologi Kristian dan tulisannya mengenai pelbagai topik teologi.
Beliau juga penaung percetakan, kerana karya bertulisnya yang luas mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan dan penyebaran pengetahuan.
Di samping itu, dia dihubungkan dengan bandar dan keuskupan tertentu sama ada kerana kehadiran sejarahnya di sana atau kesannya terhadap komuniti Kristian tempatan.
-𝐴𝑟𝑡𝑖𝑐𝑙𝑒 𝑟𝑒𝑠𝑒𝑎𝑟𝑐ℎ𝑒𝑑 𝑏𝑦:
𝐿𝑜𝑣𝑜𝑙𝑖𝑛𝑒 𝑀.𝐶ℎ𝑖𝑛
𝐴𝑢𝑔 22, 2023