-
Working with Purpose
*Bahasa Malaysia Entry*
Kenapa Kami Menulis Article Para Kudus?
"The things that we love tell us what we are."
-Saint Thomas Aquinas.
Pernah orang tanya saya kenapa kami menulis artikel tentang para kudus. Sebagai seorang founder yang mempunyai latar belakang akademik yang panjang, saya sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan yang bole diberikan kepada customer. Kerana saya tahu tidak ramai yang mengetahui kisah para kudus yang banyak di dunia ini.
Saya berfikir untuk menggabungkan kisah para kudus ini di dalam bentuk buku berjilid satu hari nanti. Jika usaha menulis tentang para kudus ini dapat membantu walau hanya seorang umat untuk berubah arah ke jalan Tuhan, itu suda cukup memadai. Walaupun jika ia mengambil masa 20 tahun penulisan. Saya tidak ada cita-cita yang tinggi untuk tujuan ini, I just love the process of passing the knowledge to other people.
Selain daripada itu, I want to put sense of purpose di dalam kewujudan kami. Purpose that bigger than life, as a service to other people.
Pekerjaan tanpa "purpose bigger than life" ialah pekerjaan yang bosan dan tiada kebanggaan. Sesuatu pekerjaan yang bermakna haruslah mempunyai tujuan yang lebih besar daripada hidup itu sendiri, seperti mana seorang suri rumah yang sanggup duduk di rumah utk membesarkan anak-anak tanpa gaji, begitu juga sebuah pekerjaan di luar jika ia disertai dgn tujuan yang tidak mementingkan diri, ia akan menjadi pekerjaan yang mulia, iaitu bagi penulisan artikel tentang para kudus ini, dapat membantu generasi akan dtg di dalam proses menemui atau memahami vokasi/panggilan mereka. This is one of our purposes in our establishment walaupun wang diperlukan utk menjalankan sesuatu perniagaan, tetapi wang bukanlah sesuatu destinasi yang memuaskan.
Seperti yang saya katakan, we dont put high expectation for this task, but with God's will ia satu cabaran yang dapat memberikan kepuasan jika ia membuahkan hasil yang baik.
Sekurang-kurangnya jika tujuan ini terpenuhi, kita ada legasi tempatan yang boleh dibanggakan satu hari nanti iaitu legasi yang mempunyai cabaran yang besar, sukar, selfless dan dalam bentuk pelayanan kerana sebagai umat Kristian kami sedar bahawa melayani itu adalah tugas setiap kita dan ia bole dilakukan dengan bermacam cara.
-Lovoline M.Chin, 20 July 2023